31 December 2011

Burger Cafe @ Kangar


Hari jumaat baru ni kami ada pergi ke Kangar, Perlis.. memang selalu ke Kangar, dalam sebulan ada la dua tiga kali ke sana. Maklumlah, dari rumah di Changlun cuma 35 km jer untuk sampai ke pekan Kangar. 


Sentiasa jer duk ulang alik tu, selalu la nampak burger cafe ni..teringin la pulak nak mencubanya. Kerusi, meja kat dalam cafe ni takde orang nak duduk pun kecuali kami jer. Dah trend orang area sini suka makan open air kot. Kat luar cafe ni, banyak lagi kaki meja & bangku kerusi & meja yang penuh dengan pengungjung burger cafe ni.

kakak dah mula menunjukkan boring..
 tak sabar dah adik menanti burger untuk dimamam...

Chicken Burger pilihan dihati Ibu & Beef Burger pilihan untuk Abah. Bagi citarasa lidah & mulut aku rasa burger nya biasa-biasa jer. But, not bed la, dia ada macam-macam pilihan menunya, western food dan nasi-nasi pun ada juga.

 adik Aliya minum air Bali suam bagi adik lagi besar. hihi..


Fried Rice Chicken Corn menu pilihan kakak.. kakak dah buang tebiat nak makan nasi la pulak. Ibu dan Abah memang nak taste burger jer. Lastly, ibu yang makan nasi goreng kakak coz kakak berkenan dengan burger ibu pulak. Memang kakak suka burger pun tapi yang herannya kenapa kakak nak sangat2 makan nasi goreng ni. Selera kakak memang sukar untuk diduga.


29 December 2011

Sepetang di Taman Rusa UUM

Dari zaman bercinta dulu-dulu hinggalah la sekarang ni pun kami suka sungguh melawat taman rusa ni..maklumlah dalam UUM ni semuanya ada, termasuk la taman rusa ni.. Kalau masuk pintu pagar utama uum tu, jalan je straight dan akan lalu beberapa gugusan dewan kuliah & kawasan akademik. Sape2 yg 1st time masuk UUM akan terkejut coz dalam kampus UUM ada trafic light. Untuk ke taman rusa ni, dari lampu isyarat tu kena jalan lurus lagi & akan jumpa pusat kesihatan & kompleks sukan. Taman rusa ni berdekatan dengan kompleks sukan. 
Biasanya jam 6.30pm baru kami sampai kat taman rusa ni, waktu cam gitu dah tak ramai sangat dah student2 yang jogging, mengayuh basikal & exercise jalan kaki. Kawasan taman rusa akan meriah dengan student2 jer kalau waktu petang. Rusa-rusa nani ni kalau tengok kami datang memang terus terkam kami, tu la nak pi awal2 tu rasa cam malu jer. Nak tau kenapa? Ye la..orang lain duk bagi dia makanan daun-daun rumput yang dia biasa makan. Sebaliknya, kami datang bawa roti gardenia tu..
Haha..memang rusa-rusa dalam U ni cerdik pandai dapat hidu bau roti dari jauh lagi. Baru off enjim kereta, rusa-rusa tu dah bangun menuju ke arah kami, mana tak orang lain akan heran tengok kami. Orang lain duk menunggu lama nak tangkap gambaq dengan rusa-rusa ni tapi kami relak jer turun dari kereta terus rusa datang ke arah kami..Rahsianya, memang kena bawa roti la, makanan kegemaran anak rusa nani ni..


kakak punya lah seronok bagi rusa makan roti..

27 December 2011

3 Hari Kakak Orientasi Di Tadika Nursyifa

 apa lah cerita kakak hari ni kat tadika..kemarin kakak jatuh sampai lebam bawah dagu..ibu & abah rasa macam tak rela jer nak hantar kakak bawah jagaan orang lain..tapi nak buat macam mana kan, demi anak untuk menuntut supaya menjadi pandai kena lah buat perkara yang sepatutnya..
1st day kakak ke sekolah memang bersemangat giler.. bangun jam 7 pg..sebelum ni bangun jam 12 tgh..ibu suruh mandi pun terus nak mandi, kalo sebelum ni, puas kena marah baru nak mandi.. baju ibu dah iron siap2 malam tu..pakai baju pun seronok jer..
sampai pintu pagar sekolah terus bagi salam.. cikgu bukak pintu dan terus suruh salam dengan ibu..mana la kakak mau terus tinggal kakak macam tu jer..maklumlah kakak mana boleh berpisah dengan ibu..cikgu pun tak patut jugak, terus nak suruh mak bapak balik, nak beramah mesra dengan mak bapak jauh sekali..
abah dah mula risau dengan keselamatan kakak coz dalam kereta kakak cakap dia jatuh dan sakit..macam mana budak2 kat sana bermain tak tau la..ibu dan abah bukannya cerewet mana pun tapi bila soal keselamatan anak2 ni memang risau sangat2..rasa macam tak puas hati jer dengan tadika tu..ikutkan ibu nak survey tadika lain plak..itu lah di nama kan pengorbanan abah dan ibu untuk kakak..uniform plak dah beli supaya kakak lebih bersemangat nak ke sekolah..

25 December 2011

Majlis Kawin Kawan Hubby

 Pengantin diarak masuk dalam dewan

 Pengantin nak menjamu selera..


time cuti sekolah camni lah ramai orang buat kenduri kawin sana sini.. kami pun tak terkecuali la jugak dengan jemputan kenduri kawin ni.. mula2 hubby tak mau pergi sebab jauh sangat nak ke alor setar tu.. tambah lagi dengan encik papankey ada kelas plak jam 3 petang.. kesian la plak nk kena rushing ke kelas.
lecturer pun satu hal, ada ke buat kelas time public holiday 25 Desember, raya krismas tu..aishhh..tak patut la kan..


anak2 pulak, masa nak cepat ni la macam2 hal diorang..lastly, kuar rumah dah jam 12.20pm.. dari Changlun ni, 45 minit gak la nak ke Alor Setar tu..nasib baik kami dah familiar dengan area yang nak dituju tu..takde la buang masa nak mencarinya..sampai kat sana terus mengadap makanan..pengantin plak lambat sampai, tak dapat la nak jumpa pengantin coz hubby nak cepat..


anak encik papankey yang sorang ni, punyalah susah nak bergambar dengan dia..lastly, dapat lah snap gambar candid ni.

14 December 2011

Sham Kamikaze di UUM Sempena Forum Maal Hijrah

tu dia ehh..beria-ia jer Abah nak jumpa dengan Ustaz Sham Kamikaze ni.. dah la dapat tau Sham ke UUM last minit.. ibu juga yang melepas nak dengar ceramah Sham ni.. ibu teringin juga nak ikut, tapi mengenangkan anak-anak yang liat nak bangun pagi, lemah semangat nak ikut abah dengar forum Maal Hijrah kat Pusat Islam, UUM. Abah cakap, seronok dengar ceramah Sham. Akhirnya tercapai jugak hasrat abah nak jumpa dia..