22 April 2012

Homemade Scramble Egg With Mi Goreng Indome


 

Kakak (Kamila) dan abahnya suka sangat makan Scramble Egg dengan Mi Goreng Indome. Kalo tidur lewat malam, benda ni lah diorang godek-godek kat dapur. Kakak plak hantu telur, buat la apa2 benda berasaskan telur memang dia akan makan. Hubby suka Scramble Egg yang version hotel sebab hotel punya style macam berair sket tapi aku plak suka homemade Scramble Egg lagi.
Bahan-bahannya:
3 biji telur
secubit garam
1 s/k gula (optional)
sedikit lada sulah
1/2 cawan susu cair / susu segar
1 s/b mentega
Cara membuatnya:
  1. Pukul telur bersama susu cair, garam, gula dan serbuk lada hitam/sulah. 
  2. Kemudian cairkan mentega dalam kuali. 
  3. Mentega dah cair, masukkan telur tadi dan cepat-cepat gaulkan dlm kuali.
  4. Gaul-gaulkan sampai kering & berketul, kalau nak cair/basah2 sikit pun terpulang pada citarasa masing2 la.
  5. Dah siap, boleh makan. 

16 April 2012

Sepetang Di Danok - Border Bukit Kayu Hitam - Thailand

huhu..sudah lama tak meng-update blog, nak mula menaip ni pun bukan main malas lagi dah, rasa macam kekok dah lama tak menulis la kata kan..hihi.. Alkisahnya, 7-9 April sepatutnya & dah plan segala bagai nak jalan-jalan kat Hatyai, Thailand untuk 3H/2M. So, kami pun dah tempah hotel & full payment dah buat kat Sawadee.com. Harga hotel boleh tahan murah juga melalui Sawadee.com jika dibandingkan direct booking dengan hotel yang kita nak tu. Tapi kalo melalui Agoda.com lebih banyak lagi pilihan hotelnya. 
Nak dijadikan ceritanya, sehari selepas dah clear payment, berlaku plak tragedi pengeboman di Lee Garden Plaza, Hatyai yang turut melibatkan rakyat Malaysia terkorban. Nasib baik masa nak booking hotel, Hotel Lee Garden Hotel bersebelahan Lee Garden Plaza tu dah penuh. Alhamdulillah juga, nasib menyebelahi kami sebab tak pergi weekend yang Hatyai kena bom tuhh..huhhh.. tarikh nafas sat..

Tak dapat pergi Hatyai, kami pi Danok jer lah yang jaraknya 8 km dari rumah kami.. haha..sangat lah dekat kan.. tapi suasana dia amat berbeza dari hari yang sebelum pengeboman tu.. sebelum tu memang ramai nampak muka orang Malaysia kat Danok. Nah.. dapat kita lihat kan betapa besarnya kesan kepada ekonomi Thailand. Pekan Danok yang tak kena bom pun pelancong asing tak mau pergi, ini kan plak kat Hatyai, Bangkok dan lain-lain tempat menarik di Thailand.

Sebab itulah, bagi pendapat peribadi aku, kita patut bersyukur dengan kepimpinan yang ada dan gaduh-gaduh politik sana sini tu 'adat' lah dan tidak perlu kita nak memperbesarkan isu yang kita tidak tahu pun hujung pangkalnya.
Air Kelapa Muda - RM 2.50 dan Milo Ais untuk kakak RM 2.00. Kat Danok ni urusniaga dalam ringgit Malaysia (RM) pun boleh. Kami pi tak tukar duit pun..
Nasi Kapow pilihan aku - RM 5. Best gak ooo..
Nasi Goreng Pedas pilihan hubby aku, RM 6. tapi serius sedap rasanya..
Antara menu yang ada di Restoren Muslim yang kami makan tu, Nasib baik ada tulisan Melayu kan..
Ni yang takde kat Malaysia, Air Mineral keluaran dari syarikat Nestle. Sesuatu yang unik tu..



02 April 2012

Nasi Ayam Nazir Cafeteria, Penang


Assalamualaikum & selamat petang semua..
Minggu lepas kan kami pi bercuti kat Penang, tapi gambarnya belum lagi aku publish.. nak buat camne busy je memanjang. 
So, dah setahun lebih gak la tak memijakkan kaki di bumi Pulau Mutiara ni, last ke sana masa mengandungkan adik (Kashif). 
Masa zaman-zaman bercinta dulu suka sangat la kami makan Nasi Ayam Nazir ni, dulu restoren nasi ayam ni masih lagi kat KOMTAR. Kalo masa kat KOMTAR dulu memang laku giler nasi ayam Nazir ni, siap beratur lagi nak ambik turn nak duduk makan. Sejak KOMTAR dah sunyi dengan kedatangan pengunjung, Nasi Ayam Nazir ni dah berpindah ke bangunan Sunshine Square di Bayan Baru (Bersebelahan Pizza Hut). Masalahnya, susah sangat nak dapat parking kat sini. Jenuh kami memusing cari parking..huhhhh..
Selain nasi ayam, terdapat pelbagai menu lain lagi. Tapi tak pernah plak aku mencubanya. Kami makan 2 nasi ayam + 1 nasi tambah (bersama sup) + Milo Ais + Teh Ais = RM 19.00. Agak2 nya ok tak harga tu sebab aku rasa nasi dia macam beras hancur jer.
Nasi Ayam Nazir Cafeteria 
(Sebelah Pizza Hut)
Bangunan Sunshine Square
Bayan Baru, Penang
Kedai: Bersih, selesa & berhawa dingin