Semalam, Jumaat petang kami sekali lagi ke Perlis kali ni menuju
ke Kuala Perlis sekadar nak memenuhi hujung minggu..(Kedah kan cuti
Jumaat & Sabtu). Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit..itupun
kalau bawa 80-90km/j. Hati2 sikit, kawasan ni lubuk emas
speed trap. Lokasi tetap bawah jejambat yang paling dekat dengan kampus tetap UniMaP...atau lain2 jejambat.
Beberapa
pics ketika dalam perjalanan kami (ikut susunan):
 |
Sawah padi terbentang luas sepanjang jalan ke Kuala Perlis... |
 |
Sempat juga merakamkan aksi jentera ni bekerja... |
 |
Sampai kat Kuala Perlis, ini adalah lokasi utama nak menjamu selera dengan 'Sea Food" fresh |
 |
Sepanjang tepi laut ni berdekatan tempat makan ada laluan pejalan kali, nak joging pun best |
 |
Cantik view masjid tu kan, sebelah kanan tempat makan2 |
 |
Hotel Brasmana ni yang paling dekat dengan tempat makan tadi... |
Kat Hotel Brasmana ni lah tempat pelakon terkenal Ezani buat majlis
resepsi perkahwinan dia, lagipun dia memang orang Kuala Perlis siap
dengan bisnes belacan lagi.
 |
Haa..hotel ni memang agak terkenal kat area ni, kat rumah kami pun ada sebuah memang sentiasa penuh! |
 |
Sebuah lagi hotel yang ada betul2 depan Terminal Feri Kuala Perlis |
Hotel2 kat atas tu memang paling strategik kat sini sebab dekat sangat
dengan Terminal Feri yang nak ke Langkawi tu. Ada sebuah lagi
Seaview Hotel
tapi jauh sikit jer..tapi dekat dengan tempat letak kereta (untuk yang
nak ke Langkawi, kemudahan parking kereta banyak sangat). Sebenarnya
pekan "koboi" Kuala Perlis ni makmur sebab ambik tuah dari pulau lagenda
tu walaupun dari negeri yang berlainan. Apapun itu rezeki masing2..kami
kalau ke Langkawi akan melalui Kuala Perlis sebab lebih dekat dan suka
dengan kemudahan yang ada.
 |
Sekitar Terminal Feri ni akan jem giler kalau time cuti sekolah, jalan utama depan tu sempit sangat |
Kawasan kat Terminal Feri memang memeningkan kepala, siapa yang pernah
datang masa cuti sekolah akan tau, nak berhenti kejap turun beg2 depan
terminal bukan senang macam depan
airport. Silap2 kena menapak 100m usung beg masing2. Jalan kat sini memang sempit2 belaka.
Parking lot untuk
letak kereta 'bermalam' ada juga yang berbumbung tapi kena menapak
50-100m dari terminal ni. Caj dia aku lupa dah...tapi mahal macam kat
airport
Kepala Batas di Alor Setar tapi security tak payah cakap lah memang
mana2 pun tak terjamin. Dari sini kami nak ke Kak Su Laksa lebih 1Km
lagi...
 |
Kak Su Laksa...terkenal dengan Laksa Beras (laksa Kuala Perlis) |
 |
Salah satu makanan wajib kat Kak Su Laksa ni, Pulut Udang cuma 30 sen sebijik |
 |
Posing sikit.. |
 |
Adik pun nak berposing..(Kasyif) |
 |
Laksa Kak Su, pujaan ramai...cobaann.. |
Kak Su laksa ni memang menjadi tumpuan ramai, lokasi tak strategik mana
pun, kiri-kanan cuma deretan kedai yang kurang seri, kedai terbiar,
kedai kosong..tapi kalau datang sini
peak hour, memang jem pek
lah! Entah macam mana boleh terkenal sampai ke merata negeri...So petua
dari aku, jangan datang dalam jam 11pagi-2 petang, datang lewat petang
jam 4-5pm pun masih sempat lagi makan. Tutup hari Selasa...ok.
 |
Lepas makan Laksa Kak Su, aktiviti wajib..kena cari taman permainan dulu..bagi bebudak ni girang.. |
 |
Tu dia..view ni..! |
 |
Fuh, tenangnyer kat kawasan ni, setenang airnya.. |
Gambar2 bot yang banyak atas tu salah satu
view yang bagi aku
paling best kalau sampai kat kawasan perkampungan tepi laut ni, kat area
ni lah berlambak orang menjual belacan, mentarang dan apa benda ntah
yang kat lumpur laut tu, sorry gambar tak der sebab tak singgah.
 |
Yang ni aku rasa kat KL tak jual... |
Makanan kat atas tu memang popular sangat kat sepanjang tepi laut di
Kuala Perlis ni sejak beberapa tahun ni...benda ni datang dari selatan
Thailand..dia macam
fishball dan sosej saiz besar tapi pelbagai
rasa, ada sosej yang perisa tomyam, ada isi ayam, isi pulut atau
nasi..macam2lah, kita pilih mana yg berkenaan dan dia akan bakar dulu,
harga RM1 secucuk, yang sosej saiz normal cuma 50 sen. Jangung bakar
bermadu kat sini pun sedap2 belaka..harga RM2 ada yang RM2.50.
 |
Balik beli makanan ringan tadi kami lepak makan sini, sambil tunggu matahari terbenam.. |
 |
Cantek kan...? |
 |
Ambik gambar dorang pulak... |
 |
Kasyif tertutup mata dek angin laut yang betiup kuat... |
 |
Eh..eh..suker... |
 |
Hmm..tacing pic ni... |
 |
Tenang jer tengok pic ni... |
 |
Matahari mula terbenam... |
Kalau nak tanya apa2..sila tinggalkan komen, mesti ada juga yang pernah datang sini..kita share