 |
Kamila dah ready ni Abah...(dengan beg dia Angry Bird tu dan beg adik) |
Selasa lepas kami ke Padang
Besar, Perlis yang betul2 bersempadan dengan Thailand, dari rumah kami
di pekan Changlun lebih kurang 35Km je. Kakak (Kamila) yang paling
bersemangat, walaupun dia tak faham lagi nak ke mana petang tu...
 |
Ni view yang cantik, sampai ke kawasan ladang tebu Chuping... |
Kami bertolak 4.00PM. Biasanya akan ikut laluan ke ladang tebu Chuping
(ladang tebu yang terbesar di Malaysia). Cuma masa awal2 sampai kat
kawasan ladang ni dari arah kampus baru Univ. Malaysia Perlis (UniMaP),
kawasan yang dulunya penuh dengan tanaman tebu dah bertukar ke ladang
getah... Anyway view kat sini,..memang cantik sangat, terutamanya
selepas kita melepasi kawalan UPP (yang cegah penyeludupan tu), ladang
tebunya seluas mata memandang.
Kalau ikut Kangar-Padang Besar akan terasa jauh sebab kami datang dari
arah Changlun, Kedah. 4-5 tahun dulu jalan ni tak sebesar dan bagus
macam kt gambar atas tu, nak-nak masa dia tengah bina jalan baru..masa
tu punyalah berhabuk..selisih lori besar, kereta berhimpit kiri kanan,
jentera lagi. Apapun masa tu orang still ke Padang Besar lagi dek kerana
tarikan yang dia.
 |
Tengok pic ni tau dah kat area mana, lepas trafik lite ni belok kanan jer.. |
On the way tu berselisih dengan banyak kenderaan nak balik ke destinasi
masing2 (banyak Plat No. W**, J**, C**, A**)..lagipun masa ni masih cuti
perayaan lagi.
 |
Kenderaan parking sampai simpang ke Balai Polis Padang Besar, kat sini parking free. Masuk dalam kena caj RM2 |
Bila dah sampai, tempat pertama biasanya orang tuju yang paling dekat
dengan parking lot kereta, atau deretan kedai2 yang menjual pelbagai
barang2 seperti pakaian (pakaian baby, kanak2 memang best sini macam
yang orang jual dalam Facebook tu), hiasan rumah, jersi bola sepak (gred
3A), makanan ringan (keropok, kekacang, kerepek, manisan dsb),
comforter/ toto, hiasan gaya Inggeris, beg tangan, kelengkapan rumah,
patung2 comel, teddy bear kecik besar..macam2 lah...kebanyakannya
barang2 dari Thailand dibawa ke sini..murah2 belaka!
Jangan lupa ke kompleks membeli-belah 2 tingkat yang terletak kat
tengah2 kawasan ni, jangan ingat macam Shopping Complex kat bandar pulak
yer..nanti tengok pics kat bawah mcm mana rupanyer..
 |
Seluar ni beli untuk Adik (Kasyif).. |
 |
Salah satu antara banyak2 kedai menjual pakaian baby dan kanak2..yang ni masa kat kompleks tu.. |
 |
Stokin baby..cantik-cantik |
 |
Haa..nampak tu
masih ramai orang walaupun dah lewat petang..masa cuti sekolah/ perayaan
macam nilah banyak stok barang baru sampai... |
 |
Salah satu gambar masa kat kedai jual jersi bola sepak, kebanyakannya yang liga BPL, Spanish Primera, Serie A Italy.. |
Kalau kat kedai jual jersi bola, hubby lah yang suka pi tengok walaupun
kadang2 tak beli apa..dia suka belek..tanya stok ada ke tak, tanya dan
compare harga 'baik'..tengok kualiti kain/ design lagi..macam2
lah..janji puas dapat pegang haha. Lagipun sebelum ni dia dah sambar
jersi Barcelona (home)..
Harga toksah berkira..memang murah sangat compare dgn kualiti dekat
sini memang 'terbaekkk'..barang memang macam original. Sebab tu orang
sebelah Selatan sanggup cari sampai sini huhu.Jersi yang antara paling
laku ialah dari kelab Queen Park Rangers (QPR) yang bos AirAsia beli
tu...Jersi Harimau Malaya pun tak putus2 stok.
 |
Kamila nak baju ni... |
 |
Barang 'kemas' pun berlambak kat sini... |
 |
Nah sapa ada anak lelaki, ambik ni..Liverpool pun takper..yang kelab lain pun banyak lagi |
 |
Kedai jubah..jubah lelaki dan wanita semua ada, datang dari negara Arab sana..kualiti best! |
 |
Haa..yang ni gambar adik masa kat taman permainan..balik dari 'bershopping segan'..bukan shopping sakan huhu. |
Okay puas tengok gambar dah..nanti aku upload lagi kalau ada yang menarik..nak kena pilih2 dulu..
Sikit info kalau nak datang kat sini jangan datang lewat..kalau
awal biarlah seawal 8 pagi..lepak breakfast dulu..kedai makan keliling
ada. Kalau dah nak tengahari sampai petang memang jem time cuti sekolah.
Lewat petang macam 4-5PM dah kira ok. Hari lain weekday atau weekend
kalau bukan cuti sekolah/ perayaan takper. Kalau yg datang dari jauh,
bawa duit lebih..nanti sampai sini menyesal tak sudah. Kalau tak mampu
tahan dugaan..jangan datang..beli kat Facebook jer..hehe.
Boleh Share kat FB macam biasa tekan button atas kat tajuk post ni..Kalau nak tahu harga..sila tinggalkan komen kat bawah...
No comments:
Post a Comment