Kopitiam Alor Setar ni terletak di tapak stesen bas lama dulu. ada
seorang kakak blogger tu cakap breakfast kat sini best dan banyak
pilihan menunya. ternyata banyak sungguh stall yang ada, semuanya nampak
best. Tapi aku belum lagi la pergi waktu pagi, sebab kat Kopitiam ni
time breakfast jer ramai orang menurut sumber yang aku baca tuh..
Menu pilihan aku, Bihun sup RM 3.50, boleh tahan jugak
rasanya..sedappp..cam biasalah, sup orang
Utara..terbaikkkk..huhu..berebut plak dengan kakak sebab nasi ayam dia
lambat sangat sampai..
Ni pulak nasi Arab pilihan hubby aku ler..Nasib Arab dia guna beras elok
dan lembut jer tapi tak berapa nak best sangat rasanya. Ada lagi nasi
Arab kat tempat lain yang best dan pernah kami kami..huhu..kecewa juga
rasanya kalo makan tak kena rasanya dengan expectation kita kan..
sabo ajer ler.. RM 6.50, murah dah tu..
Brinjal Nasi Ayam namanya - untuk kakak, cuma RM 4.00 dan siap ada 2
hiris terung celup tepung lagi tu..ok gak rasanya, sambal dia buat pun
sodap..
Memang luas benor Kopitiam nih.. Kami pergi tu dah petang, tak ramai lah
orang.. lenggang jer nampak kan! tapi air kat sini tak sedap langsung,
dah la mahal sikit harganya berbanding kedai-kedai biasa.. Horlicks ais -
RM 2.30 dan Koko ais - RM 1.60. air kosong tuk kakak - 30 sen.
Ni stall bihun sup yang aku makan tu..macam2 ada lagi dijual di stall
nih. Bihun, mee, moi dan koey teow sup. Roti jala dan sup gearbox pun
ada.. harga plak berpatutan..
Stall Brinjal Nasi Ayam yang kakak makan tu..
Stall nasi Arab yang hubby aku makan tu..
masing-masing perut dah kenyang, jom balik! lepas tu dah tak larat nak jalan-jalan kat Pacific plak..