Petang semalam (Isnin - 7 Mei 2012), walaupun sudah agak lewat dalam
lebih kurang 6.30 petang kami bawak anak-anak menikmati erti kepuasan
bermain di padang rumput yang luas, maka bermainlah mereka dengan
sepuas-puasnya. Bawa sebijik bola jer, untuk jadi bahan kejar mengejar
sesama mereka...
 |
Kamila suka sangat dapat peluang macam ni, sesekali mengeluh kepenatan, haaa..baru dia tahu erti bermain yang sebenarnya... |
 |
Adiknya, Kashif suka sangat 'mendaki' di atas rumput...cuba mengejar si kakak... |
 |
Selepas 'mendaki'..dia cuba pulak 'menurun' dengan cara mengundur... |
 |
Ingat gelongsor ke Adik...? |
 |
Yahh..yahh..ku
gagahkan diri mengejar bola bermain dengan Kakak yang sungguh
bertenaga..entah datang dari mana tenaganya itu...huhu |
 |
Dah nak senja Adik..jom kita balik... |
Apabila malam, selepas makan-makan di rumah, dengan mudah jer..si Kakak
yang tak pernah kenal erti penat tu, melabuhkan badannya di atas sofa di
ruang tamu..tanpa disuruh..akhirnya tertidur dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment