01 June 2012

Menghabiskan masa hujung minggu

 Adik minum air coke..takde lah..eksen kamil jer tuh..
 Kepak ayam RM 2 satu..sedap jugak rasanya..

 Nasib baik tak ramai orang, cepat la sikit diorang bakar segala sosej dan jagung..kakak tu garang sungguh, keje marah pekerja dia jer..udah ler pekerjanya budak-budak kecik jer..








Jom Rekreasi @ Darul Aman Park

 Jom Rekreasi @ Darul Aman Park














31 May 2012

Seronoknya Saya Dah Pandai Berjalan..

Seronoknya Saya Dah Pandai Berjalan..

Mestilah seronok adik dah boleh berjalan sendiri kan..Adik dah pandai berjalan masa umur 11 bulan berbanding kakak dulu umur setahun seminggu baru boleh berjalan sendiri..apa-apa proses perkembangan pun adik dulu yang lebih cepat dari kakak..

Adik & Kakak sama-sama kuat jeles orangnya. Sekarang ni dah pandai cemburu pulak. Adik nak apa yang kakak ada dan camtu juga kakak nak apa yang adik ada. Bertambah pening ibu nak jaga kedua-duanya yang tak henti-henti suka buat perangai yang macam-macam. 

Contohnya, adik sentiasa curah air kosong dalam botol ke lantai, atas meja, atas sofa, suka main tuang-tuang. Air yang dituangnya tu disapu pulak ke muka. Kakak pulak dah habis isap susu, lempar botol susu merata. Nak isap susu plak barulah riuh nak mencari. Ada la botol susu tu duk menyorok bawah sofa.


28 May 2012

Dapat Ultraman Zearth Baru Nak Gosok Gigi


Inilah yang dikatakan perangai budak-budak dan anak-anak kecil, macam-macam ragam yang ada. Anak ibu yang sorang ni (kakak) memang susah giler nak gosok gigi..macam-macam cara dah guna untuk pujuk kakak gosok gigi. termasuklah nak sental dengan kain basah untuk gosok gigi dia, pun tak berjaya juga. Dua minggu lepas, pi C-mart terjumpalah dengan berus gigi Ultraman Zearth ni. Ibu pun tak tau la, tu betol ke tak Ultraman Zearth. Kakak minat sungguh dengan cerita Ultraman. Dah 2 minggu beli berus gigi Ultraman Zearth, tiap-tiap hari kakak gosok giginya. 

Sekian saja catatan untuk kakak (Kamila) pada hari ini, ada masa ibu cerita lagi tentang kakak ye..

Wassalam..


21 May 2012

Restoran Sup Hameed Penang



Nasi lemak kat sini dah tak sesedap dulu. Ada 2 jenis, yang satu sambal bilis dan telur rebus, yang satu lagi sambal bilis dengan telur dadar (tetapi dicampur dengan tepung, terasa seperti makan kuih)...harga RM1.20
Sup yang pekat memikat..makan dengan roti. Tempat makan dia tepi jalan jer, di belakang tu bangunan lama yang telah ditutup.
Restoran Hameed terletak di Upper Penang Road tidak jauh dari hotel terkenal di sini iaitu Cititel Penang
Restoran Sup Hameed Penang - Kalau nak datang sini, Restoran Hameed bukan sekadar menyediakan Nasi Kandar pada siang hari, tetapi menyajikan pelbagai jenis sup yang pekat dan sedap bermula jam 5 petang hingga lewat malam. Kalau ke Penang, jarang kami melepaskan peluang untuk menikmati sup Hameed ni.

 Sup-sup yang disediakan panas ialah seperti sup ekor lembu RM6, sup daging lembu RM3, sup perut lembu RM4.50, sup burung puyuh RM6, sup lidah lembu RM6, sup urat lembu RM6, sup kambing RM4.50 dan tak lupa juga sup ayam cuma RM3.

Pilihan kami biasanya sup daging lembu dan sup perut + daging lembu.

*Terpulang kepada selera masing-masing...



11 May 2012

Ibu Saya Kata: "Pakai Baju Kurung la Cantik."



"ok la ibu, adik keluar dulu tauuu..nak tengok miowww kat luar tu..nanti kakak tinggal adik pulak..
tapi ok ker adik pakai baju kurung nih.."
"Maaf lah yer..kena masukkan jari dalam mulut jugak sebab gigi atas saya baru jer tumbuh..takde benda yang saya boleh gigit..Gerammm sangat ni tau.."
"ok ibuuu..adik dah masuk dalam rumah ni..kat luar tadi kena marah dengan kakak.."
"Tunggu la kejap, adik nak tengok tv ni..saya kan peminat setia Kampung Boy, Upin & Ipin dan Wonderpet.."
"apa pandang-pandang, ada nampak muka saya macam orang Jepun ker.."
"sebuk jer lah nak tangkap gambar saya ni..tunggu kejap, kaki saya tersangkut nak jatuh ni.."

08 May 2012

Ku Lepaskan Anak-anak Bermain Sebebasnya


Petang semalam (Isnin - 7 Mei 2012), walaupun sudah agak lewat dalam lebih kurang 6.30 petang kami bawak anak-anak menikmati erti kepuasan bermain di padang rumput yang luas, maka bermainlah mereka dengan sepuas-puasnya. Bawa sebijik bola jer, untuk jadi bahan kejar mengejar sesama mereka...

Kamila suka sangat dapat peluang macam ni, sesekali mengeluh kepenatan, haaa..baru dia tahu erti bermain yang sebenarnya...

Adiknya, Kashif suka sangat 'mendaki' di atas rumput...cuba mengejar si kakak...
Selepas 'mendaki'..dia cuba pulak 'menurun' dengan cara mengundur...
Ingat gelongsor ke Adik...?
Yahh..yahh..ku gagahkan diri mengejar bola bermain dengan Kakak yang sungguh bertenaga..entah datang dari mana tenaganya itu...huhu

Dah nak senja Adik..jom kita balik...

Apabila malam, selepas makan-makan di rumah, dengan mudah jer..si Kakak yang tak pernah kenal erti penat tu, melabuhkan badannya di atas sofa di ruang tamu..tanpa disuruh..akhirnya tertidur dengan sendiri.