10 August 2011

Ini Kisahku: Sham Kamikaze


Ini Kisahku merupakan satu juadah rohani terbaru dari TV9 bersempena dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. Disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis jam 6.30 petang menyebabkan 'jejari kasar' ku ligat bersilat 'remote control' untuk menonton rancangan kegemaranku sejak belasan tahun dulu iaitu Jejak Rasul di TV3. Rasanya belum terlambat untuk aku ulas sikit, sebab petang ni (Rabu) akan disiarkan Episod 3, kita tunggu saja siapa pula selepas ini.


Ok, ni nak cerita pasal Episod 2 Inilah Kisahku, yang mengisahkan perjalanan atau lebih tepat lagi penghijrahan identiti dan personaliti Sham Kamikaze. Siapa yang terlibat dengan dunia hiburan dan peminat di Malaysia pasti kenal Sham ni. Alhamdulillah, begitu terkejut sekali dengan hidayah yang beliau dapat dan diterima dengan begitu cepat sekali. Rasanya first time aku tengok Sham berubah masa dia jadi pengkritik jemputan dalam AF9, nampak sangat riak wajah yang sangat jernih, cakap beradab serta menjaga pendangan mata (masa nak komen kat pelajar AF wanita). Selepas tu aku tak tahu sangat apa yang berlaku sehinggalah aku menonton Ini Kisahku pada petang Khamis lepas. Sehari sebelum tu disiarkan kisah Catriona Ross yang juga melalui satu tempoh penghijrahan yang menakjubkan. Sungguh meremang bulu tengkuk dengan garapan episod kali ni, dengan lagu latarnya, pergerakan kamera, input penceritaan, gaya percakapan yang 'real' dan 'ikhlas' menjadikannya satu betuk dakwah yang benar2 menyentuh qalbu. Tahniah kepada TV9 kerana menampilkan 'masterpiece' seperti ini untuk tatapan minda dan rohani kita semua pada bulan penuh kenikmatan beribadah ini.

No comments: