Hari jumaat baru ni kami ada pergi ke Kangar, Perlis.. memang selalu ke Kangar, dalam
sebulan ada la dua tiga kali ke sana. Maklumlah, dari rumah di Changlun
cuma 35 km jer untuk sampai ke pekan Kangar.
Sentiasa jer duk ulang alik tu, selalu la nampak burger cafe
ni..teringin la pulak nak mencubanya. Kerusi, meja kat dalam cafe ni
takde orang nak duduk pun kecuali kami jer. Dah trend orang area sini
suka makan open air kot. Kat luar cafe ni, banyak lagi kaki meja & bangku kerusi & meja yang penuh dengan pengungjung burger cafe ni.
kakak dah mula menunjukkan boring.. |
tak sabar dah adik menanti burger untuk dimamam... |
Chicken Burger pilihan dihati Ibu & Beef Burger pilihan
untuk Abah. Bagi citarasa lidah & mulut aku rasa burger
nya biasa-biasa jer. But, not bed la, dia ada macam-macam pilihan
menunya, western food dan nasi-nasi pun ada juga.
adik Aliya minum air Bali suam bagi adik lagi besar. hihi..
Fried Rice Chicken Corn menu pilihan kakak.. kakak dah buang tebiat nak
makan nasi la pulak. Ibu dan Abah memang nak taste burger
jer. Lastly, ibu yang makan nasi goreng kakak coz kakak berkenan dengan
burger ibu pulak. Memang kakak suka burger pun tapi yang herannya kenapa
kakak nak sangat2 makan nasi goreng ni. Selera kakak memang sukar untuk
diduga.
No comments:
Post a Comment