31 July 2011

Esok Puasa 1 Ogos 2011


 Pengumuman Permulaan Puasa

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga amalan dan ibadah kita diberkati-Nya, Insya-Allah.

Letih Cerita Bola, Kita Tengok Anak Bulan

Letih sepanjang bulan lepas aku asyik update pasal bola sepak Malaysia. Rasanya lepas ni kena sambung pasal Piala Malaysia pulak. Apapun untuk preview hari ni cuma nak cerita pasal tengok anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan bulan Ramadhan tahun ini sebagai menandakan permulaan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.