02 April 2012

Nasi Ayam Nazir Cafeteria, Penang


Assalamualaikum & selamat petang semua..
Minggu lepas kan kami pi bercuti kat Penang, tapi gambarnya belum lagi aku publish.. nak buat camne busy je memanjang. 
So, dah setahun lebih gak la tak memijakkan kaki di bumi Pulau Mutiara ni, last ke sana masa mengandungkan adik (Kashif). 
Masa zaman-zaman bercinta dulu suka sangat la kami makan Nasi Ayam Nazir ni, dulu restoren nasi ayam ni masih lagi kat KOMTAR. Kalo masa kat KOMTAR dulu memang laku giler nasi ayam Nazir ni, siap beratur lagi nak ambik turn nak duduk makan. Sejak KOMTAR dah sunyi dengan kedatangan pengunjung, Nasi Ayam Nazir ni dah berpindah ke bangunan Sunshine Square di Bayan Baru (Bersebelahan Pizza Hut). Masalahnya, susah sangat nak dapat parking kat sini. Jenuh kami memusing cari parking..huhhhh..
Selain nasi ayam, terdapat pelbagai menu lain lagi. Tapi tak pernah plak aku mencubanya. Kami makan 2 nasi ayam + 1 nasi tambah (bersama sup) + Milo Ais + Teh Ais = RM 19.00. Agak2 nya ok tak harga tu sebab aku rasa nasi dia macam beras hancur jer.
Nasi Ayam Nazir Cafeteria 
(Sebelah Pizza Hut)
Bangunan Sunshine Square
Bayan Baru, Penang
Kedai: Bersih, selesa & berhawa dingin

No comments: