31 March 2012

Kamila & Kashif Kena Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Assalamualaikum & selamat pagi semua..
Terasa macam dah lama sangat tak menulis & blog walking ke blog kawan-kawan. Minta maaf banyak-banyak bagi yang berkunjung ke kasihsalina.com tapi belum lagi buat kunjungan balas. Hadiah untuk pemenang GA (Anies & Aine) baru pos pagi ni..maaf banyak2 ye..
Bukannya kerana bz sangat pun, tapi macam2 hal yang tak diduga jadi dengan anak2 kami tau. Kakak dah demam 3 hari & kemarin doktor sahkan Kakak kena HFMD (penyakit tangan, kaki & mulut tu la). Tiga hari lepas doktor dah bagi ubat demam & antibiotik sebab dalam mulut dia merah sangat. Rupa-rupanya kakak dah kena HFMD masa tu, cuma ruam atau bintik2 merah belum lagi timbul. Malam kemarin baru naik kat kaki & tangan dia. Kami pun heran jugak apa benda tu sebab macam pelik jer ada air bisa dan kakak cakap gatal & sakit mulut. Memang tak tidur lena la sebab gatalkan.
Hari Jumaat plak tu, kat Changlun ni takde klinik yang bukak. Terpaksalah duk mencari klinik kat arau, tak jumpa jugak. Kami redah jer masuk Jejawi menuju ke jalan PUSPAKOM & JPJ tu. Nasib baik jumpa klinik Refflesia, nak tutup dah pun kami sampai masa tu. Doktor pempuan & ramah sangat, harga ubat pun murah & berpatutan. 
Memang tak sangka kakak kena HFMD nih, rasanya kena jangkitan masa mandi swimming pool kat Penang masa bercuti minggu lepas. Kerja merengek ajer lah & sangat2 la kena bersabar. Doktor ada bagi ubat demam, ubat gatal tuk minum, ubat titik atas lidah & antibiotik. Nampak macam ada perubahan juga sebab petang kemarin Kakak dah mintak susu. Sebelum tu memang dia tak mau makan apa2 walaupun susu sebab sakit ulser dalam mulut tu. Alhamdulilah la dah makan ubat2 ni, dia mahu makan dah..

Dugaan betol la buat kami, adik pun asyik merenggek jer. Agaknya, sakit ulcer dalam mulut. Rasa macam tak sanggup tengok anak-anak sakit camni. Kesian sangat2.



No comments: