04 March 2012

Satay Ayam Paling Sedap!


Satay Ayam (Gambar hiasan)
Satay Ayam! Apabila sebut satay, ramai yang angkat tangan pinggan...siapa tak nak? Kalau aku, suka satay ayam...sebabnya lembut dan tak mudah mencelah di gigi berbanding dengan satay daging. Satay ayam ni rasanya berlemak sikit (nak nak kalau yang disisip kulit sekali) tapi kalau daging terasa keras dan pejal. Apapun terpulang kepada selera masing-masing yer tak?
Bercerita pasal satay ayam ni, petang semalam (sebelum balik ke Changlun dari Alor Setar) aku sempat menjamu selera di medan selera berdekatan (luar) Kompleks Souq Al-Bukhary (orang sini akan panggil Giant jer..sebab Giant ni anchor tenant dia). Satay dia bersaiz biasa jer, berharga 50 sen secucuk. Tak lah kecik sangat dan tak besar sangat, tapi aku rasa padan dengan harganya...kalau jual 60 sen pun apa salahnya. Gulp!
Pelik kan aku cakap macam tu, dalam pada semua nak berjimat aku pulak cakap jual satay 60 sen pun takper. Yerlah bukan senang nak buat satay, ramuan dan rempahnya takper lagi mudah ditabur jer, tapi nak dapatkan isi ayam, nak mencucuk, nak diperam, nak disusun elok2 (sebab bukan senang juga simpan stok satay mentah), nak buat kuah kacang lagi, siap timun dan bawang. Padan lah dengan usaha dan kos orang jual satay...sebabnya kami ada pengalaman jual satay, laku memang laku tapi nak buat dia payah...tambah lagi kalau dalam keadaan kita serba kekurangan...

No comments: