huhu..sudah lama tak meng-update blog, nak mula menaip ni pun bukan main
malas lagi dah, rasa macam kekok dah lama tak menulis la kata
kan..hihi.. Alkisahnya, 7-9 April sepatutnya & dah plan segala bagai
nak jalan-jalan kat Hatyai, Thailand untuk 3H/2M. So, kami pun dah
tempah hotel & full payment dah buat kat
Sawadee.com. Harga hotel boleh tahan murah juga melalui
Sawadee.com jika dibandingkan direct booking dengan hotel yang kita nak tu. Tapi kalo melalui
Agoda.com lebih banyak lagi pilihan hotelnya.
Nak dijadikan ceritanya, sehari selepas dah clear payment, berlaku plak
tragedi pengeboman di Lee Garden Plaza, Hatyai yang turut melibatkan
rakyat Malaysia terkorban. Nasib baik masa nak booking hotel, Hotel Lee
Garden Hotel bersebelahan Lee Garden Plaza tu dah penuh. Alhamdulillah
juga, nasib menyebelahi kami sebab tak pergi weekend yang Hatyai kena
bom tuhh..huhhh.. tarikh nafas sat..
Tak dapat pergi Hatyai, kami pi Danok jer lah yang jaraknya 8 km dari
rumah kami.. haha..sangat lah dekat kan.. tapi suasana dia amat berbeza
dari hari yang sebelum pengeboman tu.. sebelum tu memang ramai nampak
muka orang Malaysia kat Danok. Nah.. dapat kita lihat kan betapa
besarnya kesan kepada ekonomi Thailand. Pekan Danok yang tak kena bom
pun pelancong asing tak mau pergi, ini kan plak kat Hatyai, Bangkok dan
lain-lain tempat menarik di Thailand.
Sebab itulah, bagi pendapat peribadi aku, kita patut bersyukur dengan
kepimpinan yang ada dan gaduh-gaduh politik sana sini tu 'adat' lah dan
tidak perlu kita nak memperbesarkan isu yang kita tidak tahu pun hujung
pangkalnya.
Air Kelapa Muda - RM 2.50 dan Milo Ais untuk kakak RM 2.00. Kat Danok ni
urusniaga dalam ringgit Malaysia (RM) pun boleh. Kami pi tak tukar duit
pun..
Nasi Kapow pilihan aku - RM 5. Best gak ooo..
Nasi Goreng Pedas pilihan hubby aku, RM 6. tapi serius sedap rasanya..
Antara menu yang ada di Restoren Muslim yang kami makan tu, Nasib baik ada tulisan Melayu kan..
Ni yang takde kat Malaysia, Air Mineral keluaran dari syarikat Nestle. Sesuatu yang unik tu..