16 April 2012

Sepetang Di Danok - Border Bukit Kayu Hitam - Thailand

huhu..sudah lama tak meng-update blog, nak mula menaip ni pun bukan main malas lagi dah, rasa macam kekok dah lama tak menulis la kata kan..hihi.. Alkisahnya, 7-9 April sepatutnya & dah plan segala bagai nak jalan-jalan kat Hatyai, Thailand untuk 3H/2M. So, kami pun dah tempah hotel & full payment dah buat kat Sawadee.com. Harga hotel boleh tahan murah juga melalui Sawadee.com jika dibandingkan direct booking dengan hotel yang kita nak tu. Tapi kalo melalui Agoda.com lebih banyak lagi pilihan hotelnya. 
Nak dijadikan ceritanya, sehari selepas dah clear payment, berlaku plak tragedi pengeboman di Lee Garden Plaza, Hatyai yang turut melibatkan rakyat Malaysia terkorban. Nasib baik masa nak booking hotel, Hotel Lee Garden Hotel bersebelahan Lee Garden Plaza tu dah penuh. Alhamdulillah juga, nasib menyebelahi kami sebab tak pergi weekend yang Hatyai kena bom tuhh..huhhh.. tarikh nafas sat..

Tak dapat pergi Hatyai, kami pi Danok jer lah yang jaraknya 8 km dari rumah kami.. haha..sangat lah dekat kan.. tapi suasana dia amat berbeza dari hari yang sebelum pengeboman tu.. sebelum tu memang ramai nampak muka orang Malaysia kat Danok. Nah.. dapat kita lihat kan betapa besarnya kesan kepada ekonomi Thailand. Pekan Danok yang tak kena bom pun pelancong asing tak mau pergi, ini kan plak kat Hatyai, Bangkok dan lain-lain tempat menarik di Thailand.

Sebab itulah, bagi pendapat peribadi aku, kita patut bersyukur dengan kepimpinan yang ada dan gaduh-gaduh politik sana sini tu 'adat' lah dan tidak perlu kita nak memperbesarkan isu yang kita tidak tahu pun hujung pangkalnya.
Air Kelapa Muda - RM 2.50 dan Milo Ais untuk kakak RM 2.00. Kat Danok ni urusniaga dalam ringgit Malaysia (RM) pun boleh. Kami pi tak tukar duit pun..
Nasi Kapow pilihan aku - RM 5. Best gak ooo..
Nasi Goreng Pedas pilihan hubby aku, RM 6. tapi serius sedap rasanya..
Antara menu yang ada di Restoren Muslim yang kami makan tu, Nasib baik ada tulisan Melayu kan..
Ni yang takde kat Malaysia, Air Mineral keluaran dari syarikat Nestle. Sesuatu yang unik tu..



No comments: