28 January 2012

Jalan-Jalan Ke Kuala Perlis

Semalam, Jumaat petang kami sekali lagi ke Perlis kali ni menuju ke Kuala Perlis sekadar nak memenuhi hujung minggu..(Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu). Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit..itupun kalau bawa 80-90km/j. Hati2 sikit, kawasan ni lubuk emas speed trap. Lokasi tetap bawah jejambat yang paling dekat dengan kampus tetap UniMaP...atau lain2 jejambat.

Beberapa pics ketika dalam perjalanan kami (ikut susunan):


Sawah padi terbentang luas sepanjang jalan ke Kuala Perlis...

Sempat juga merakamkan aksi jentera ni bekerja...

Sampai kat Kuala Perlis, ini adalah lokasi utama nak menjamu selera dengan 'Sea Food" fresh

Sepanjang tepi laut ni berdekatan tempat makan ada laluan pejalan kali, nak joging pun best

Cantik view masjid tu kan, sebelah kanan tempat makan2

Hotel Brasmana ni yang paling dekat dengan tempat makan tadi...
Kat Hotel Brasmana ni lah tempat pelakon terkenal Ezani buat majlis resepsi perkahwinan dia, lagipun dia memang orang Kuala Perlis siap dengan bisnes belacan lagi.


Haa..hotel ni memang agak terkenal kat area ni, kat rumah kami pun ada sebuah memang sentiasa penuh!

Sebuah lagi hotel yang ada betul2 depan Terminal Feri Kuala Perlis
Hotel2 kat atas tu memang paling strategik kat sini sebab dekat sangat dengan Terminal Feri yang nak ke Langkawi tu. Ada sebuah lagi Seaview Hotel tapi jauh sikit jer..tapi dekat dengan tempat letak kereta (untuk yang nak ke Langkawi, kemudahan parking kereta banyak sangat). Sebenarnya pekan "koboi" Kuala Perlis ni makmur sebab ambik tuah dari pulau lagenda tu walaupun dari negeri yang berlainan. Apapun itu rezeki masing2..kami kalau ke Langkawi akan melalui Kuala Perlis sebab lebih dekat dan suka dengan kemudahan yang ada.

Sekitar Terminal Feri ni akan jem giler kalau time cuti sekolah, jalan utama depan tu sempit sangat
Kawasan kat Terminal Feri memang memeningkan kepala, siapa yang pernah datang masa cuti sekolah akan tau, nak berhenti kejap turun beg2 depan terminal bukan senang macam depan airport. Silap2 kena menapak 100m usung beg masing2. Jalan kat sini memang sempit2 belaka. Parking lot untuk letak kereta 'bermalam' ada juga yang berbumbung tapi kena menapak 50-100m dari terminal ni. Caj dia aku lupa dah...tapi mahal macam kat airport Kepala Batas di Alor Setar tapi security tak payah cakap lah memang mana2 pun tak terjamin. Dari sini kami nak ke Kak Su Laksa lebih 1Km lagi...

Kak Su Laksa...terkenal dengan Laksa Beras (laksa Kuala Perlis)

Salah satu makanan wajib kat Kak Su Laksa ni, Pulut Udang cuma 30 sen sebijik

Posing sikit..

Adik pun nak berposing..(Kasyif)

Laksa Kak Su, pujaan ramai...cobaann..
Kak Su laksa ni memang menjadi tumpuan ramai, lokasi tak strategik mana pun, kiri-kanan cuma deretan kedai yang kurang seri, kedai terbiar, kedai kosong..tapi kalau datang sini peak hour, memang jem pek lah! Entah macam mana boleh terkenal sampai ke merata negeri...So petua dari aku, jangan datang dalam jam 11pagi-2 petang, datang lewat petang jam 4-5pm pun masih sempat lagi makan. Tutup hari Selasa...ok.

Lepas makan Laksa Kak Su, aktiviti wajib..kena cari taman permainan dulu..bagi bebudak ni girang..

Tu dia..view ni..!

Fuh, tenangnyer kat kawasan ni, setenang airnya..
Gambar2 bot yang banyak atas tu salah satu view yang bagi aku paling best kalau sampai kat kawasan perkampungan tepi laut ni, kat area ni lah berlambak orang menjual belacan, mentarang dan apa benda ntah yang kat lumpur laut tu, sorry gambar tak der sebab tak singgah.

Yang ni aku rasa kat KL tak jual...
Makanan kat atas tu memang popular sangat kat sepanjang tepi laut di Kuala Perlis ni sejak beberapa tahun ni...benda ni datang dari selatan Thailand..dia macam fishball dan sosej saiz besar tapi pelbagai rasa, ada sosej yang perisa tomyam, ada isi ayam, isi pulut atau nasi..macam2lah, kita pilih mana yg berkenaan dan dia akan bakar dulu, harga RM1 secucuk, yang sosej saiz normal cuma 50 sen. Jangung bakar bermadu kat sini pun sedap2 belaka..harga RM2 ada yang RM2.50.

Balik beli makanan ringan tadi kami lepak makan sini, sambil tunggu matahari terbenam..

Cantek kan...?

Ambik gambar dorang pulak...

Kasyif tertutup mata dek angin laut yang betiup kuat...
Eh..eh..suker...
Hmm..tacing pic ni...
Tenang jer tengok pic ni...
Matahari mula terbenam...
Kalau nak tanya apa2..sila tinggalkan komen, mesti ada juga yang pernah datang sini..kita share



26 January 2012

Shopping Di Padang Besar

Kamila dah ready ni Abah...(dengan beg dia Angry Bird tu dan beg adik)
Selasa lepas kami ke Padang Besar, Perlis yang betul2 bersempadan dengan Thailand, dari rumah kami di pekan Changlun lebih kurang 35Km je. Kakak (Kamila) yang paling bersemangat, walaupun dia tak faham lagi nak ke mana petang tu...
Ni view yang cantik, sampai ke kawasan ladang tebu Chuping...
Kami bertolak 4.00PM. Biasanya akan ikut laluan ke ladang tebu Chuping (ladang tebu yang terbesar di Malaysia). Cuma masa awal2 sampai kat kawasan ladang ni dari arah kampus baru Univ. Malaysia Perlis (UniMaP), kawasan yang dulunya penuh dengan tanaman tebu dah bertukar ke ladang getah... Anyway view kat sini,..memang cantik sangat, terutamanya selepas kita melepasi kawalan UPP (yang cegah penyeludupan tu), ladang tebunya seluas mata memandang.
Kalau ikut Kangar-Padang Besar akan terasa jauh sebab kami datang dari arah Changlun, Kedah. 4-5 tahun dulu jalan ni tak sebesar dan bagus macam kt gambar atas tu, nak-nak masa dia tengah bina jalan baru..masa tu punyalah berhabuk..selisih lori besar, kereta berhimpit kiri kanan, jentera lagi. Apapun masa tu orang still ke Padang Besar lagi dek kerana tarikan yang dia.
Tengok pic ni tau dah kat area mana, lepas trafik lite ni belok kanan jer..
On the way tu berselisih dengan banyak kenderaan nak balik ke destinasi masing2 (banyak Plat No. W**, J**, C**, A**)..lagipun masa ni masih cuti perayaan lagi.
Kenderaan parking sampai simpang ke Balai Polis Padang Besar, kat sini parking free. Masuk dalam kena caj RM2
Bila dah sampai, tempat pertama biasanya orang tuju yang paling dekat dengan parking lot kereta, atau deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang2 seperti pakaian (pakaian baby, kanak2 memang best sini macam yang orang jual dalam Facebook tu), hiasan rumah, jersi bola sepak (gred 3A), makanan ringan (keropok, kekacang, kerepek, manisan dsb), comforter/ toto, hiasan gaya Inggeris, beg tangan, kelengkapan rumah, patung2 comel, teddy bear kecik besar..macam2 lah...kebanyakannya barang2 dari Thailand dibawa ke sini..murah2 belaka!
Jangan lupa ke kompleks membeli-belah 2 tingkat yang terletak kat tengah2 kawasan ni, jangan ingat macam Shopping Complex kat bandar pulak yer..nanti tengok pics kat bawah mcm mana rupanyer..
Seluar ni beli untuk Adik (Kasyif)..
Salah satu antara banyak2 kedai menjual pakaian baby dan kanak2..yang ni masa kat kompleks tu..
Stokin baby..cantik-cantik
Haa..nampak tu masih ramai orang walaupun dah lewat petang..masa cuti sekolah/ perayaan macam nilah banyak stok barang baru sampai...
Salah satu gambar masa kat kedai jual jersi bola sepak, kebanyakannya yang liga BPL, Spanish Primera, Serie A Italy..
Kalau kat kedai jual jersi bola, hubby lah yang suka pi tengok walaupun kadang2 tak beli apa..dia suka belek..tanya stok ada ke tak, tanya dan compare harga 'baik'..tengok kualiti kain/ design lagi..macam2 lah..janji puas dapat pegang haha. Lagipun sebelum ni dia dah sambar jersi Barcelona (home)..
Harga toksah berkira..memang murah sangat compare dgn kualiti dekat sini memang 'terbaekkk'..barang memang macam original. Sebab tu orang sebelah Selatan sanggup cari sampai sini huhu.Jersi yang antara paling laku ialah dari kelab Queen Park Rangers (QPR) yang bos AirAsia beli tu...Jersi Harimau Malaya pun tak putus2 stok.
Kamila nak baju ni...
Barang 'kemas' pun berlambak kat sini...
Nah sapa ada anak lelaki, ambik ni..Liverpool pun takper..yang kelab lain pun banyak lagi
Kedai jubah..jubah lelaki dan wanita semua ada, datang dari negara Arab sana..kualiti best!
Haa..yang ni gambar adik masa kat taman permainan..balik dari 'bershopping segan'..bukan shopping sakan huhu.
Okay puas tengok gambar dah..nanti aku upload lagi kalau ada yang menarik..nak kena pilih2 dulu.. 
Sikit info kalau nak datang kat sini jangan datang lewat..kalau awal biarlah seawal 8 pagi..lepak breakfast dulu..kedai makan keliling ada. Kalau dah nak tengahari sampai petang memang jem time cuti sekolah. Lewat petang macam 4-5PM dah kira ok. Hari lain weekday atau weekend kalau bukan cuti sekolah/ perayaan takper. Kalau yg datang dari jauh, bawa duit lebih..nanti sampai sini menyesal tak sudah. Kalau tak mampu tahan dugaan..jangan datang..beli kat Facebook jer..hehe.
Boleh Share kat FB macam biasa tekan button atas kat tajuk post ni..Kalau nak tahu harga..sila tinggalkan komen kat bawah...

23 January 2012

Berendam Aje Dalam Kolam Macam Kamila Ni

Siang tadi terbaca isu mandi laut, mandi sungai dan mandi kolam yang mendatangkan kegelisahan untuk Blogger Ben Ashaari (Link artikel dia), dan sebagai cadangan, aku ingat ni salah satu alternatif (selain mandi dalam bilik air rumah). Beli jer kolam macam Kamila duk mandi 2 hari ni. Kolam dah beli tahun lepas lagi cuma jarang2 guna. Kolam macam ni kita tak perlu risau kencing tikus atau kencing manusia, ombak betul atau ombak buatan mcm kt theme park, harga dia RM40 jer masa shopping kat Penang. Muat 3 orang dewasa ikut saiz badan hubby atau 8 oarang kanak2 sebesar Kamila, cuma nak menyelam atau betul2 swimming tu takleh lah. Nak dijadikan cerita, Kamila akhirnya terkencing juga dalam kolam ni petang tadi..grrrrr.



18 January 2012

Raspberry Cheese Cake Untuk Kakak


Kakak memang pandai dalam soal memilih kek. Confirm dia akan pilih yang ada cheese, macam tau-tau jer kan. Bukannya kakak pandai baca pun tulisan kek tu. Tapi sayang sekali, Raspberry Cheese Cake pilihan kakak ni tak berapa nak sedap sebab banyak tepung daripada cheese. Kakak pun tak berapa suka nak makan. 

11 January 2012

Nur Kamila Qistina 3 Tahun 7 Bulan


Anak ibu yang sorang ni kan, belum juga mahu tido walaupun jam dah menunjukkan 12.45 pagi. Ibu ni risau takut kakak tak boleh nak bangun tido pagi esok..si adik pulak duk main kejar-kejar bola, seronok & riang jer adik malam ni. Ibu nak story pasal kakak nak ke sekolah pagi tadi, kakak punya la liat nak bangun pagi, kul 8.15 pagi baru nak bukak mata, masa tu lah nak isap susu, masa tu lah jugak nak mandi dan pakai baju. Lastly, kakak siap berkemas jam 8.50 pagi, ibu & abah terus hantar ke tadika. So, kakak masuk kelas jam 9 pagi la. Rupa-rupanya bukan kakak sorang jer yang lewat, adik lagi orang datang selepas kakak dan jam 9.30 pagi ibu nengok ada lagi budak sama uniform macam kakak baru mak dia nak hantar ke sekolah. Ibu tak kisah sangat la, janji kakak mahu belajar di tadika..

Kakak Nak Tidoooo... Ngantuk Niiiiiiii...


ini budak betol-betol kuat main la, pi sekolah pun dia nak buat main-main jugak..balik sekolah petang kemarin, ibu suruh kakak tido lepas makan nasi tapi kakak kata ' ta nak ' nak mainnnnn, sampai la dah petang, jam 6 petang baru nak tido..itu pun dah lepas kena marah dengan ibu. Anak ibu ni tido sampai jam 9 malam, lepas tu nak lena plak jam 1 pagi.. mau tak mengantuknya pagi ni. Berkali-kali dah ibu & abah panggil kakak suruh bangun nak pi sekolah ni..apa dituggu lagi mengamuk la dia..kakak nak tidoooo...ngantuk ni kannnnnnn...kalo itu la yang kakak kata memang tak boleh paksa, kesian nanti dia akan protes

Nasi Arab Ni Memang Sedap (Nasi Ayam Kabshah)


Kat area Changlun ni memang susah nak cari restoran masakan Arab ni, tapi dalam UUM ada la coz ramai student Arab dalam UUM nung..kami memang tak pernas lepas peluang untuk mencuba kalo ada sesuatu yang baru..Nasi Arab ni favourate kami sekeluarga, dalam sebulan tu kerap jugak la makannya, jemu jugak asyik makan masakan melayu jer kan. Menu ni namanya Nasi Ayam Kabshah..hubby yang beli untuk makan tengahari kemarin..hari ni plak tak tau la apa yang nak dimakan..nak beli ke nak masak..biasanya makan nasi campur kat Anjung Food Court jer (tuan punya restoren tu pun dah buat kami macam famili dia...hehe...)

08 January 2012

2 Jam Di Hospital Jitra Demi Adik



Wajah adik yang ceria telah berubah menjadi wajah yang sedih menahan kesakitan..pilu hati ibu tengok wajah adik dalam dua tiga hari ni..asyik merengek & tak mau duduk sorang-sorang..apatah lagi nak bermain dengan kakak, jauh sekali..gambar sebelah kiri pagi sebelum adik panas teruk & gambar kanan ni masa tengah bersiap nak ke hospital jam 12 tengah malam..terpaksa bawa juga adik ke hospital jitra malam tu jugak coz sejak siang suhu panas badan adik tak berubah walaupun dah makan ubat ikut jadual..
Ni masa kat hospital Jitra, lama gak la menunggu turn nak masuk tapi nasib baik tak ramai patient malam tu.. Doktor check suhu adik 39.1 Celcius dan untuk lebih tepat dengan menggunkan thermometer diletakkan bawah ketiak adik.So, bermula prosedur doktor suruh tanggalkan baju adik nak masuk ubat ikut punggung & lap seluruh tubuh supaya suhu turun cepat sket. Lebih kurang sejam lebih duk dalam wad sementara tu, adik dibenarkan pulang setelah suhu turun kepada 36 Celcius. Kalo la adik kena tahan kat wad malam tu memang haru biru jadinya, mengantuk giler la ibu dan kesian plak dengan kakak comel tu..


Ini budak memang kes parah, doktor pun tak boleh buat apa-apa dah untuk merawatnya..kakak asyik merayau ke hulu ke hilir, naik lemas jugak mata ibu & abah ni..last..last..abah cakap kakak naik atas katil & tidur..so, kakak pun dengan akal yang bijaknya, buat2 la tido..tak dan 5 minit pun, meloncat la dia dari katil tu..dan yang paling lucu sekali abah cakap: kakak tido la atas katil tu, hotel ni kan..tau kakak jawap apa: ishhhh...tu bukan otel..apa abah ni?..huhu..pandai kakak menilai ye, mana hotel & mana hospital..