11 January 2012

Nur Kamila Qistina 3 Tahun 7 Bulan


Anak ibu yang sorang ni kan, belum juga mahu tido walaupun jam dah menunjukkan 12.45 pagi. Ibu ni risau takut kakak tak boleh nak bangun tido pagi esok..si adik pulak duk main kejar-kejar bola, seronok & riang jer adik malam ni. Ibu nak story pasal kakak nak ke sekolah pagi tadi, kakak punya la liat nak bangun pagi, kul 8.15 pagi baru nak bukak mata, masa tu lah nak isap susu, masa tu lah jugak nak mandi dan pakai baju. Lastly, kakak siap berkemas jam 8.50 pagi, ibu & abah terus hantar ke tadika. So, kakak masuk kelas jam 9 pagi la. Rupa-rupanya bukan kakak sorang jer yang lewat, adik lagi orang datang selepas kakak dan jam 9.30 pagi ibu nengok ada lagi budak sama uniform macam kakak baru mak dia nak hantar ke sekolah. Ibu tak kisah sangat la, janji kakak mahu belajar di tadika..

No comments: