26 January 2012

Shopping Di Padang Besar

Kamila dah ready ni Abah...(dengan beg dia Angry Bird tu dan beg adik)
Selasa lepas kami ke Padang Besar, Perlis yang betul2 bersempadan dengan Thailand, dari rumah kami di pekan Changlun lebih kurang 35Km je. Kakak (Kamila) yang paling bersemangat, walaupun dia tak faham lagi nak ke mana petang tu...
Ni view yang cantik, sampai ke kawasan ladang tebu Chuping...
Kami bertolak 4.00PM. Biasanya akan ikut laluan ke ladang tebu Chuping (ladang tebu yang terbesar di Malaysia). Cuma masa awal2 sampai kat kawasan ladang ni dari arah kampus baru Univ. Malaysia Perlis (UniMaP), kawasan yang dulunya penuh dengan tanaman tebu dah bertukar ke ladang getah... Anyway view kat sini,..memang cantik sangat, terutamanya selepas kita melepasi kawalan UPP (yang cegah penyeludupan tu), ladang tebunya seluas mata memandang.
Kalau ikut Kangar-Padang Besar akan terasa jauh sebab kami datang dari arah Changlun, Kedah. 4-5 tahun dulu jalan ni tak sebesar dan bagus macam kt gambar atas tu, nak-nak masa dia tengah bina jalan baru..masa tu punyalah berhabuk..selisih lori besar, kereta berhimpit kiri kanan, jentera lagi. Apapun masa tu orang still ke Padang Besar lagi dek kerana tarikan yang dia.
Tengok pic ni tau dah kat area mana, lepas trafik lite ni belok kanan jer..
On the way tu berselisih dengan banyak kenderaan nak balik ke destinasi masing2 (banyak Plat No. W**, J**, C**, A**)..lagipun masa ni masih cuti perayaan lagi.
Kenderaan parking sampai simpang ke Balai Polis Padang Besar, kat sini parking free. Masuk dalam kena caj RM2
Bila dah sampai, tempat pertama biasanya orang tuju yang paling dekat dengan parking lot kereta, atau deretan kedai2 yang menjual pelbagai barang2 seperti pakaian (pakaian baby, kanak2 memang best sini macam yang orang jual dalam Facebook tu), hiasan rumah, jersi bola sepak (gred 3A), makanan ringan (keropok, kekacang, kerepek, manisan dsb), comforter/ toto, hiasan gaya Inggeris, beg tangan, kelengkapan rumah, patung2 comel, teddy bear kecik besar..macam2 lah...kebanyakannya barang2 dari Thailand dibawa ke sini..murah2 belaka!
Jangan lupa ke kompleks membeli-belah 2 tingkat yang terletak kat tengah2 kawasan ni, jangan ingat macam Shopping Complex kat bandar pulak yer..nanti tengok pics kat bawah mcm mana rupanyer..
Seluar ni beli untuk Adik (Kasyif)..
Salah satu antara banyak2 kedai menjual pakaian baby dan kanak2..yang ni masa kat kompleks tu..
Stokin baby..cantik-cantik
Haa..nampak tu masih ramai orang walaupun dah lewat petang..masa cuti sekolah/ perayaan macam nilah banyak stok barang baru sampai...
Salah satu gambar masa kat kedai jual jersi bola sepak, kebanyakannya yang liga BPL, Spanish Primera, Serie A Italy..
Kalau kat kedai jual jersi bola, hubby lah yang suka pi tengok walaupun kadang2 tak beli apa..dia suka belek..tanya stok ada ke tak, tanya dan compare harga 'baik'..tengok kualiti kain/ design lagi..macam2 lah..janji puas dapat pegang haha. Lagipun sebelum ni dia dah sambar jersi Barcelona (home)..
Harga toksah berkira..memang murah sangat compare dgn kualiti dekat sini memang 'terbaekkk'..barang memang macam original. Sebab tu orang sebelah Selatan sanggup cari sampai sini huhu.Jersi yang antara paling laku ialah dari kelab Queen Park Rangers (QPR) yang bos AirAsia beli tu...Jersi Harimau Malaya pun tak putus2 stok.
Kamila nak baju ni...
Barang 'kemas' pun berlambak kat sini...
Nah sapa ada anak lelaki, ambik ni..Liverpool pun takper..yang kelab lain pun banyak lagi
Kedai jubah..jubah lelaki dan wanita semua ada, datang dari negara Arab sana..kualiti best!
Haa..yang ni gambar adik masa kat taman permainan..balik dari 'bershopping segan'..bukan shopping sakan huhu.
Okay puas tengok gambar dah..nanti aku upload lagi kalau ada yang menarik..nak kena pilih2 dulu.. 
Sikit info kalau nak datang kat sini jangan datang lewat..kalau awal biarlah seawal 8 pagi..lepak breakfast dulu..kedai makan keliling ada. Kalau dah nak tengahari sampai petang memang jem time cuti sekolah. Lewat petang macam 4-5PM dah kira ok. Hari lain weekday atau weekend kalau bukan cuti sekolah/ perayaan takper. Kalau yg datang dari jauh, bawa duit lebih..nanti sampai sini menyesal tak sudah. Kalau tak mampu tahan dugaan..jangan datang..beli kat Facebook jer..hehe.
Boleh Share kat FB macam biasa tekan button atas kat tajuk post ni..Kalau nak tahu harga..sila tinggalkan komen kat bawah...

No comments: