31 July 2011

Letih Cerita Bola, Kita Tengok Anak Bulan

Letih sepanjang bulan lepas aku asyik update pasal bola sepak Malaysia. Rasanya lepas ni kena sambung pasal Piala Malaysia pulak. Apapun untuk preview hari ni cuma nak cerita pasal tengok anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan bulan Ramadhan tahun ini sebagai menandakan permulaan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang ini (Ahad), 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam ini juga. Apapun seperti kelaziman, kita akan tertunggu-tunggu dan sambil tersenyum simpul menantikan pengumuman tarikh bermulanya puasa pada malam ini.

No comments: