02 January 2011

Jersi Bolasepak Malaysia Laku!


Jersi Harimau Malaya 2010-2011
Wah...buat pertama kali jersi skuad bolasepak negara menjadi rebutan warga Malaysia (eh ada ker warganegara lain yg nak beli?) di stor2 barangan sukan seperti Nike dan Al-Ikhsan khususnya di sekitar KL dan Selangor. Sampai ke waktu ni pun masih ramai tercari-cari di merata tempat, sampai menjadi tumpuan reporter paper The Star dan Metro lagi.
Ni lah penangan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 yg dikecapi oleh skuad Harimau Malaya pada 29 Disember 2010. Kalau tak silap aku dlm The Star kata stok terbaru akan sampai sekitar April nanti. Wah (sekali lagi)..mesti tak sabar penyokong2 dan peminat jersi Malaysia nak tunggu kalau sampai bulan April sbb ada match penting nanti lawan Pakistan untuk Kelayakan Olimpik 2012 dlm bulan Februari di Bukit Jalil.

No comments: