03 January 2011

Cerita Minyak Masak Pulak


Sebenarnya aku tak berapa nak heran dengan berita paparazzi macam nih, sebabnyer sebelum sampai ke telinga reporter kat KL nun aku yang dok kat Utara ni dah merasa dulu bahang kekurangan bekalan minyak ni awal 2 minggu daripada berita hangit tu. Yang tinggal kat rak2 kedai runcit dekat rumah aku ni hah, cuma ada minyak dalam botol (mahal sikit laa..).
Aku dok ingat supplier atau pengilang sajer jer nak perabis stok minyak dalam botol takut dah nak sampai tarikh luput ke apa..so bekalan minyak makan dalam paket dikurangkan. Rupanya ada udang di sebalik mee.

Datuk Tan Lian Hoe
 Tapi Timb. Menteri KPDNKK (gambar) kata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. Ni ayat baik punya.."Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini."

Aku rasa mana ada orang panik pasal harga minyak nak naik, entahlah siapa yang cakap kat dia kita ni panik. Aku ni dan orang2 kampung aku langsung tak tau bila harga minyak dijangka naik atau turun..yang kitorang tau..masak jer lah..kuis kuis. Kitorang ni beli minyak macam biasa jer, alih2 tak dapat yang paket kita carik la yang botol. Tapi kalau macam Mak Kiah dan Pak Ku yang meniaga makanan tu..confrem la kalau tengok minyak berkurangan semacaaamm jer kat rak kedai Pak Mat tu dorang akan beli lebih sikit kot habis nanti payah. Ish ish ish..menteri atau timb. menteri yang berkenaan kena turun buat spot check la..jangan buat lawatan jadi agenda rasmi sangat mcm masa nak pi Tesco Mutiara Damansara tadi (kira berita terkini lah ni). Maka, confrem la cantik berderet dorang letak dan susun minyak masak tuuu...(dengan senyum sinis).

1 comment:

Beautiful Salina said...

Aku dah kata dah, malas nk ulas panjang..sila cari tajuk di bawah:

Dua lagi syarikat disiasat seleweng minyak masak
Utusan Malaysia 06/01/2011 6:32pm