08 May 2012

Ku Lepaskan Anak-anak Bermain Sebebasnya


Petang semalam (Isnin - 7 Mei 2012), walaupun sudah agak lewat dalam lebih kurang 6.30 petang kami bawak anak-anak menikmati erti kepuasan bermain di padang rumput yang luas, maka bermainlah mereka dengan sepuas-puasnya. Bawa sebijik bola jer, untuk jadi bahan kejar mengejar sesama mereka...

Kamila suka sangat dapat peluang macam ni, sesekali mengeluh kepenatan, haaa..baru dia tahu erti bermain yang sebenarnya...

Adiknya, Kashif suka sangat 'mendaki' di atas rumput...cuba mengejar si kakak...
Selepas 'mendaki'..dia cuba pulak 'menurun' dengan cara mengundur...
Ingat gelongsor ke Adik...?
Yahh..yahh..ku gagahkan diri mengejar bola bermain dengan Kakak yang sungguh bertenaga..entah datang dari mana tenaganya itu...huhu

Dah nak senja Adik..jom kita balik...

Apabila malam, selepas makan-makan di rumah, dengan mudah jer..si Kakak yang tak pernah kenal erti penat tu, melabuhkan badannya di atas sofa di ruang tamu..tanpa disuruh..akhirnya tertidur dengan sendiri.

No comments: