21 May 2012

Restoran Sup Hameed Penang



Nasi lemak kat sini dah tak sesedap dulu. Ada 2 jenis, yang satu sambal bilis dan telur rebus, yang satu lagi sambal bilis dengan telur dadar (tetapi dicampur dengan tepung, terasa seperti makan kuih)...harga RM1.20
Sup yang pekat memikat..makan dengan roti. Tempat makan dia tepi jalan jer, di belakang tu bangunan lama yang telah ditutup.
Restoran Hameed terletak di Upper Penang Road tidak jauh dari hotel terkenal di sini iaitu Cititel Penang
Restoran Sup Hameed Penang - Kalau nak datang sini, Restoran Hameed bukan sekadar menyediakan Nasi Kandar pada siang hari, tetapi menyajikan pelbagai jenis sup yang pekat dan sedap bermula jam 5 petang hingga lewat malam. Kalau ke Penang, jarang kami melepaskan peluang untuk menikmati sup Hameed ni.

 Sup-sup yang disediakan panas ialah seperti sup ekor lembu RM6, sup daging lembu RM3, sup perut lembu RM4.50, sup burung puyuh RM6, sup lidah lembu RM6, sup urat lembu RM6, sup kambing RM4.50 dan tak lupa juga sup ayam cuma RM3.

Pilihan kami biasanya sup daging lembu dan sup perut + daging lembu.

*Terpulang kepada selera masing-masing...



No comments: