15 August 2011

Anak Adalah Satu Anugerah

Anak ke-2 aku. Gambar dari http://mamaqistina.blogspot.com/

Ada yang inginkan anak cepat dan ada yang buat 'family planning', itu hak masing-masing dalam perkahwinan asalkan ada ikatan yang sah. Aku berkahwin pada tahun 2004 dalam usia 23 tahun 2 bulan. Yer muda lagi, tapi kami hanya berazam mempunyai anak selepas 'puas' berdua bersama iaitu pada Jun 2008 cahaya mata pertama kami melihat dunia. Kenapa nak 'puas'?

Maklumlah bukan mudah nak ke hulu ke hilir dengan orang perempuan jika belum berkahwin lagi, jika rasa ingin 'kebebasan' melalui ikatan yang sah dan dituntut Islam, maka berkahwin lah jawapannya. Maka, bebas lah kami 'bercuti' atau travelling sama ada secara personal atau atas faktor kerja ke serata Malaysia. 
Okay, aku bukan nak cerita hal aku kahwin dan kronologi sepanjang perkahwinan kami, cuma nak sembang soal anak. Ada yang malu bila dah lama kahwin sehingga hampir setahun tapi belum lagi mempunyai tanda-tanda si isteri nak berbadan dua (eh..baru setahun kahwin dah kira lama?). Itu pandangan orang, tapi yang memelihara dan membesarkan anak itu adalah kita, sebab ia anugerah daripada Allah. Jika namanya anugerah, maka ia juga adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab ni sama dengan beban. Beban pulak ada banyak cerita lagi kalau nak aku huraikan. Tapi soal ada anak atau tidak ini bukan satu yang 'memalukan satu keturunan'. 
Tapi kisah macam ni selalu kita dengar. Aku ada seorang kawan yang telah berkahwin sama tahun dengan aku, tapi belum lagi dikurniakan anak. Adik ipar aku pun kahwin pada tahun yang sama dengan aku cuma lewat beberapa bulan pun macam tu jugak. Tapi ada sorang kawan aku jadi 'barah telinga' bila dengar orang kampung dia dok tanya bila akan menimang anak. Katanya, malu kalau orang kata kita (sebagai orang lelaki) tak mampu nak 'memengandungkan isteri' yang baru dikahwini kurang setahun lepas. Wah, belum sampai setahun dia dah 'rimas' dengan 'usikan' orang kampung. 
Apapun, tahniah kepada kawan aku tu yang merupakan kakitangan di sebuah sekolah di pekan kecil di negeri Kedah ini yang telah dikurniakan 'anugerah' oleh Allah untuk mempunyai anak yang lahir dari benih suburnya itu pada bulan lepas. Itulah kebanggaannya untuk disebarkan kepada orang kampung itu.

No comments: