12 August 2011

Bubur Pedas

Kredit kepada tukang masak ni
Meleleh air liur aku. Inilah namanya bubur pedas. Hidangan yang istimewa boleh didapati di negeri kelahiranku, Sarawak. Sempena dengan bulan Ramadhan ni, hidangan bubur pedas antara menu pilihan yang kerap mendapat tempat dalam 'mulut' penggemarnya. Kenapa pedas?
Sebabnya, pelbagai rencah dan rempah ditumis bersama untuk memberikan aroma bubur pedas yang sangat mengasyikkan. Kalau di Sarawak khususnya di Kuching, boleh didapati di gerai-gerai pasar Ramadhan dan restoran-restoran yang menyediakan masakan Melayu. Bubur ini bukan seperti bubur lambuk atau bubur nasik yang biasa kita dengar pada setiap bulan Ramadhan tu yer. Ini lain dan unik. Bagi yang belum pernah mencubanya, bubur pedas ni rasanya seperti kuah kari yang diadun bersama dengan segala ubi kentang, sayur mayur, cendawan yang dipotong dadu. Isinya yang paling eksotik ialah kulit lembu atau sapi yang telah direbus sehingga lembut. Ada yang menyukainya dan ada yang lebih suka jika dimasukkan sekali daging lembu cincang ataupun bahagian yang berlemak. Ikutlah selera masing-masing, sebab masa kecik-kecik dulu pun aku tak reti makan kulit lembu atau sapi yang menjadi ramuan 'paling umph' untuk bubur pedas ni. Tapi jangan pelik yer, bukan orang Sarawak jer yang makan kulit lembu atau sapi ni, sebab baru 2 hari lepas aku dapat tahu (tengok kat TV3), yang ada juga rupanya penduduk di Selangor yang mengusahakan bisnes menjual kulit lembu dan sapi sebagai satu ramuan masakan yang eksotik. Malah bisnes beliau mendapat sambutan yang sangat hebat. Apa yang orang Selangor atau pelanggannya masak dengan memasukkan kulit lembu dan sapi ini? Aku pun tak pasti tapi ikutlah nak masak apapun, tapi yang penting halal!

No comments: