12 August 2011

Kibar Jalur Gemilang

Jangan lupa nak kibar bendera Malaysia atau Jalur Gemilang pada bulan ni sampai bulan depan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia. Inilah masanya untuk kita tunjukkan semangat patriotik kita dengan mengibarkan bendera kebanggaan kita itu di perkarangan rumah, pejabat, bangunan kedai, bangunan pencakar langit, kawasan tumpuan awam termasuk kompleks membeli belah, taman permainan, bazar Ramadhan, masjid atau tempat ibadah yang lain dan sebagainya.
Memang betul, patriotik tak semestinya ditunjukkan dengan cara kibar bendera sebab banyak lagi cara lain seperti mengharumkan nama negara melalui sukan, wakili pertandingan berunsur penciptaan di luar negara, memakai jersi Harimau Malaya dan mungkin juga dengan menggunakan jenama barangan tempatan dan kenderaan nasional. Bagi aku itu pilihan masing-masing, sebab tak semua berpeluang untuk wakili Malaysia dalam sukan dan pertandingan antarabangsa. Tak semua minat skuad bola sepak kita. Tak semua suka pakai kereta nasional, ada yang pakai kereta jenama Jepun sekalipun tetap warga Malaysia dan pandai nyanyi Negaraku. Tapi bagi aku, dengan kibar bendera ni kita nampak kemegahannya, kekuatan jati dirinya dan semangat yang meluap-luap. Bukan mahal sangat pun, satu bendera bersaiz 4x6 kalau di Kedah ni beharga dalam RM6-RM7 sahaja. Kalau yang jenis berpelekat untuk diletakkan pada motorsikal atau kenderaan tu, harganya dalam RM1 atau RM1.50 jer. Pilihlah mana yang berkenan, ada bendera jenis melintang dan ada yang jenis menegak. Tak minat bendera? Haa..sticker atau pelekat motor pun jadilah. Tampal pada motor anda atau kereta jika ada. Kalau takda juga, tampal jer pada tiang rumah, stall burger anda, ataupun kotak pensil anda atau anak anda..mudah bukan? Kenderaan berat pun boleh malah aku selalu tengok kenderaan berat seperti lori bertan-tan tu dan bas tak pernah ketinggalan menggantung bendera Malaysia di depan atau belakang kenderaan masing-masing. Terpulanglah!

No comments: