10 August 2011

Pengalaman Main Mercun

Macam2 nama mercun ni..yer tak?
Bulan Ramadhan bagi umat Islam kelazimannya ialah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaiknya. Bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga malah lebih daripada itu seperti yang disarankan oleh agama. 

Namun lain pula halnya dengan kanak-kanak lelaki riang. Bulan puasa dianggap sebagai bulan meningkatkan skill bermain mercun, sama ada bermain pelbagai jenis mercun, mengubah cara mercun itu meletup ataupun membuat mercun sendiri dengan pelbagai cara yang kreatif dan inovatif. Ada juga yang baru nak berjinak-jinak dengan mercun, jadi caranya ialah dengan mengikut abang, sepupu yang lebih tua dan juga kawan2.
Begitulah yang terjadi pada seorang budak baru berusia 8 tahun dari Kedah cedera di muka (refer post sebelum ni). Bagi aku, pengalaman sekitar 15-22 tahun dulu ketika kanak2 juga tak terkecuali bermain mercun seperti gambar di atas. Masa tu kecik lagi ketika di Sarawak. Sehinggalah masa sekolah menengah aku suka main mercun mancis (macam mancis sebab boleh gores), mercun ni ada saiz besar dan ada kecik. Kat semenanjung ni aku tak tau orang panggil apa, sebab ada lagi mercun ni. Satu lagi aku suka jugak main mercun bola sebab agak murah. Terus terang, aku memang tak pernah buat mercun sendiri. Cuma aku suka letak mercun bola dalam kotak dengan sumbu nya terkeluar untuk dicucuh api supaya dapat tengok kesan letupan kat kotak tu (biasanya kotak mancis sebab kesannya lebih dramatik). Apapun bukan niat aku nak mengajar budak buat macam ni, lagipun aku rasa budak2 zaman aku dan zaman ni sama jer kreatif dia, malah suka kepada benda2 yg jauh lebih mencabar daripada apa yg aku buat.

No comments: