13 August 2011

Review Digital Camera Untuk Hari Raya Aidilfitri

Lumix DMC-FH5 oleh Panasonic

Pening kepala nak pilih digital camera yang mana best dan sesuai dengan bajet anda yang tidak melebihi RM600?
Dengan lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Aidil Fitri, maka ramai dah mula berkira-kira nak rembat satu digital camera baru untuk merakamkan saat-saat indah bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan pada hari perayaan kelak. Untuk itu, beberapa digital camera yang beharga dalam lingkungan RM400-RM500 menjadi pilihan untuk review kali ini kerana harganya yang berpatutan. 
Lumix DMC-FH5 keluaran Panasonic dengan 16.1 megapixels (MP), 4x zoom optical dan 2.7" TFT Screen LCD berharga cuma RM549 termasuk memori kad 4GB.
Powershot A3200 IS oleh Canon

Powershot A3200 ini mempunyai 14.1 MP, 5x zoom optical dengan 2.7" LCD monitor juga dengan harga RM549 termasuk 4GB memori kad. Mempunyai shooting mode yang pelbagai fungsi mengikut kesesuaian antaranya Portrait, Landscape, Kids & Pets, Snow, Fireworks, Long Shutter dan yang paling menarik perhatian aku ialah Miniature Effect, Toy Camera Effect. Tengok contoh seperti berikut: 

Manakala Nikon pula dengan siri CoolPix seperti S3100 didatangkan dengan keupayaan pixels pada 14 MP, 5x zoom optical, 2.7" LCD screen dan termasuk 8GB kad memori pada harga RM488 sahaja. S3100 ni ada satu fungsi terbaru iaitu Pet Potrait Mode iaitu jika anda ini merakamkan gambar haiwan peliharaan anda, shutter akan release secara automatik apabila ia memandang ke arah digital camera anda.  Model ini hadir dengan 7 variasi warna yang menarik dan cantik-cantik.
COOLPIX S3100 keluaran Nikon

Melalui sedikit review di atas dengan jenama pilihan seperti Panasonic Lumix, Canon Powershot dan Nikon Coolpix, jadi mana satu pilihan anda?

No comments: