15 August 2011

Anda Dah Tunaikan Zakat Fitrah?

Gambar ni takda kena mengena dengan topik ini
Kadar Zakat Fitrah bagi negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini RM7.00 sahaja (yer..betul tu), dan sangat murah bagi aku dalam menunaikan Rukun Islam ke-4 itu (yang terdiri daripada pelbagai jenis zakat). Wah kenapa aku kata murah?


Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Bukan nak berlagak, cuma dengan sedikit rezeki yang ada dan walaupun 'belum' berada dalam kategori berpendapatan mantap malah jauh sekali menghampiri taraf hartawan yang dermawan, tapi aku rasa semacam satu kepuasan apabila 'diberi' peluang untuk merasai nikmat sebagai pembayar zakat. Maklumlah, tangan yang memberi lebih elok daripada tangan yang menerima. Inilah nikmatnya yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang ikhlas menghulurkan wang zakat fitrah pada bulan Ramadhan saban tahun. 
Bahkan ada cadangan sedang dalam proses untuk membayar zakat secara online selepas ini (setakat ni aku rasa belum lulus lagi). Bagus juga dengan cara tu, lagipun 'desakan' teknologi telah memungkinkan banyak perkara dapat dipelbagaikan cara pengendaliannya. Yang penting ketika transaksi pembayaran dilakukan terdapat prosedur yang sewajibnya 'memenuhi piawaian' yang dituntut Islam dalam soal Zakat Fitrah ini seperti memenuhi syarat-syarat wajib dan di'sediakan' akad dalam laman online nanti.

No comments: