12 August 2011

Ramadhan Delights Menu Babi?

Terkejut lagi aku. Kali ni bukan kes mercun tapi kes menu berbuka Ramadhan yang 'dicadangkan' oleh akhbar harian The Star yang popular tu. Maklumlah akhbar inilah satu-satunya akhbar yang mendapat rating untuk pengiklan yang paling tinggi di Malaysia.
Tengok ajer lah iklan jawatan kosong di dada akhbar ni yang sentiasa dipenuhi oleh iklan-iklan dari syarikat gergasi dan multinasional belum termasuk iklan-iklan gah berkaitan promosi perniagaan, perkhidmatan, dan iklan minuman keras! Pembaca The Star pulak bukan calang-calang, sebut saja para ekspatriat (profesioanal luar negara yang bertugas di sini), CEO, COO para pengarah syarikat gergasi dan multinasional, GLC lagi, para eksekutif, bos-bos, pengarah dan pengurus syarikat tempatan, pelancong, lecturer, pelajar antarabangsa, family diorang yang duduk sini dan macam-macam lagi yang aku boleh mengarut kat blog ni. Mungkin sebab tu wartawan yang ditugaskan untuk menyediakan ruangan Ramadhan Delights dalam The Star ni 'terlupa' yang menu dipaparkan tidak ada kena mengena dengan istilah Ramadhan itu sendiri yang bagi umat Islam sangat mendalam maknanya. Mana taknya, apabila sebut menu Ramadhan ini kita pastinya terfikir perkara berkaitan menu berbuka puasa yang halal-halal belaka. Halal dari semua cara termasuklah semasa penyembelihan dan sumber makanan ternakan sekalipun. Inilah masalahnya apabila tidak sensitif. Kita bukan minta sensitif supaya menangis-menangis. Aku 'segan' lah nak tunjuk kandungan gambar menu tu, sebab tak tergamak nak 'sama mata' aku dan mata pembaca blog ni selepas ni. Payahlah kalau kita tak cuba untuk faham atau buat-buat tak faham. Tapi fahamilah apa yang dibuat dan kerana orang akan tengok apa kita buat. Takkanlah dalam sisipan Ramadhan Delights nak masukkan menu babi?

No comments: