16 August 2011

SMK Tunku Anum Terbakar dan Mesin Dobi Layan Diri

Gambar dari Utusan ni..
Ramai orang sekitar Jitra dan kawasan berdekatannya tahu yang blok asrama lelaki di SMK Tunku Anum ni terbakar pada Ahad 14 Ogos lepas dalam jam 3.30 petang. Masa tu aku sendiri memang ada di sekitar Jitra tapi tak tahu lah ada berlaku kebakaran cuma ada nampak jentera merah bomba tanpa siren lalu di depan aku (aku kat dalam kereta tengah driving) dalam jam 6 petang sebab aku dah nak ke pasar Ramadhan dekat Taman Suria tu.

Aku baru tahu esoknya bila seorang kawan baik aku ajak ke sekolah ni untuk check mesin dobi layan dirinya yang terletak di bilik air terbuka betul2 bawah asrama yang terbakar tu. Memang asrama tu hanya terbakar teruk di bahagian atas tapi bahagian bawah okay lagi. Mungkin bangunan baru akan menggantikan asrama terbakar ini dalam masa terdekat, itu aku tak tahu lah dan tak nak ulas panjang. 

Mesin dobi layan diri yang aku cakap tadi maksudnya sebuah mesin basuh automatik yang dipasang peti syiling untuk layan diri, caj cuma RM2 sekali cucian (lebih kurang satu jam). Sampai jer kat asrama tu, ada seorang ahli bomba, mungkin tengah sambung siasatan atau buat kerja dia lah. Kami masuk untuk check mesin jer, sampai jer kat situ mengeluh panjang kawan aku..kesian dia. Mesin telah diceroboh, dua2 mangga jenis krom tu dah hilang mungkin putus dipotong..yang pastinya syiling di dalam habis kanabis lah. 

Memang peti syiling masih okay cuma syiling hilang berbanding satu lagi mesin di blok perempuan syilingnya penuh sebab jarang kutip (kutip dalam sebulan sekali sebab kurang sikit penggunaan). Sebenarnya bukan sebab kebakaran ni mesin tu kena ceroboh, dah lama dah (macam biasa dengar jer ayat ni) cuma dia lambat ambik tindakan untuk alih mesin tu ke blok perempuan jer. Pihak sekolah pun dah maklumkan hal ni kat kawan aku yang ada tanda2 mangga tu gagal di potong..tapi dia agak busy jadi mungkin terlupa. Apapun lepas ni aku pulak akan ambik alih tugas urus semua mesin2 yang ada, bukan sebab lepas kebakaran ni tapi sebab memang dia nak bagi aku urus.

No comments: