07 August 2011

Nombor Plat Kenderaan “KDA 1” Bernilai RM112,200?

Memandangkan aku memang menetap di negeri Jelapang Padi Kedah, maka tersentuh pula untuk menyentuh hal berkenaan pembelian nombor plat cantik untuk ditampal pada kenderaan pemiliknya yang berkemampuan luar biasa dan bercitarasa melebihi manusia biasa.
Dengan RM112,200 menjadi harga nombor plat KDA 1 yang paling tinggi dibida setakat ini menurut laporan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dan diikuti beberapa lagi nombor plat lain dengan pangkal huruf yang sama. Manakala KDA 11 pula dibida cuma pada RM18,480 namun cukup untuk membeli sebuah kereta second hand seperti yang terpampang di iklam Mudah.my. Cukup mahal namun belum tentu orang biasa2 seperti Papankey ni mampu membeli hanya sebuah nombor plat yang tidak boleh menukar dirinya (transform) kepada satu objek lain atau robot yang boleh membantu melindungi pemiliknya daripada ancaman musuh malah jauh sekali daripada malapetaka kemalangan jalan raya!

No comments: